Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia

10 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Program ini telah berlangsung di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra. Program ini diadakan untuk memberi pendedahan mengenai NADI dan fungsi NADI. Selain itu memberi pendedahan mengenai Klik Dengan Bijak kepada pelajar UniMAP yang hadir dan juga kempen KITAR. Terdapat juga permainan Explorace yang dianjurkan pihak MCMC untuk pelajar UniMAP. Akhir sekali, terdapat Forum yang disertai oleh Pengarah MCMC Perlis Bersama dengan pihak UniMAP.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADIi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali